Sunday 25 December 2011

Buah Hati Mama

Assalamu'laikum..

Entry baru ni tak nak cite banyak2..proudly present my lovely litle princess

QISYA ZAHRA HANANIA


Mama sayang Qisya!

Wednesday 7 September 2011

Me Recently (Versi Sebelum 'MELETOP')

Assalamu'alaikum W.B.T.

Tetiba rasa terajin plak arini nak buat entri baru..aritu kan dah jnji nk upload recent pic sementara masih mengandung ni..tp gambar2nya tak ade la selawa BRANGELINA dalam entri yg sebelum ni yek..

Pic2 yang akan diupload ni versi kampung jer..versi SUHANA+SUHAZLI jer...

Lagipun saje nk tempek kat sini untuk buat kenang2an, esok2 dah bersalin boleh la tengok2 balik muke kite jaman peknen ni..hehheheh..

6 bulan

6 bulan setengah

nak msuk 7 bulan..
Masa ni dah 7 bulan..muke pun baru nak kembang..

 Nak posing ala2 BRANGELINA tu xboleh la..ala2 cam ni bole la..8 bulan ++

Tuesday 24 May 2011

Ana Sue The Latest..

Assalamu'alaikum...

Sekian lama sunyi sepi tanpa cerita, hari baru ada mood daku nak buat entry baru..heheheheh..

Dah tengah bosan sesangat..nak basuh periuk belanga bersinki2 kat dapur tu air plak tak ada arini..sejak awal pagi lak..ntah apa la masalh Jabatan Bekalan Air Kuantan arini..tak apa la..air tangki ada lagi..tapi sekadarnya la..kena berjimat-jimat la takut air tak ada sampai 2,3 hari kelak..

Sekodeng punya sekodeng cerita artis ala-ala feberet daku ni yang sorang ni..sape tuh? ehem..ehem..konon feberet la sangat..hahahahah...tapi tak pe la..dah nama pun "ala-ala feberet" gitu..daku tersekodeng l pic2 mase dia peknen suatu masa dulu..comey..rasa cam posing gaya macam dia jer...

Memandangkan perut dah semakin 'buncit' ni..terasa gatal-gatal jer nak snap gambar 2,3 keping..bkn ape..nak buat kenang-kenangan..esok2 boleh tunjuk kat anak-anak betapa Mama dulu peknen kat dorang camana..heheheh (padahal memang tak ada kena mengena pun..)

Agak-agak la lawa tak kalau post camni...;P
Tak pun macam ni...heheeh..nyum3..
Ada jugak bercerita ngan suami aci tak kalau nak posing macam Brangelina tuh..pastu suami cakap ape..huhuhuhu.."posing macam gambar doarang boeh..tapi kalau pakai baju tak payah la..sebab doa syang abang yang kena tanggung tau...."

Nah..padam muka..dah tahu jawapannya masih nak cari nahas..hahahah...so, keinsafan melanda dalam jiwa..lepas ni posing macam gambar-gambar kat bawah ni..diri sendiri bahgia, saumi pun tak beban nak tanggung dosa..terbaeeeeeeeeeeeeeeeeeek!

Lawa gak kan..

Macam ni pun lawa gak...

NOTE: all photos were 'kidnapped' from Google..heheheh

Monday 18 April 2011

Peliknya makanan yang aku duk 'jamah'..recently

Assalamu'alaikum...

Nak cite kisah yang aku sendiri pun rasa pelik tapi apekan daya..dah tekak nak jugak rasa sejak 'morning sickness' dah semakin kurang ni..hehehheh...

Jeng..jeng..jeng..sila lah tengok senarainya kat bawah ni...

1) WASABI-benda alah ni orang makan dengan sushi..tapi aku boleh ratah macam jem yang sapu atas biskut..biarpun meletup2 dan meleleh2 air mata menahan rasa 'kepedasannya' tapi aku boleh tibai jer..hihihi..

2) KUNING TELUR ITIK JERUK/ASIN..sekali hadap boleh jalan sampi 3 biji..sedapnyer..lemak2 manja gitu..ahaks!

3) HIRISAN HALIA- sangat melegakan terutamanya waktu pagi atau ketika perut tengah rase se'eh(sebu)..sangat mujarab untuk menyelesaikan masalah 'angin' dalam badan...


4)PISANG EMAS - pisang ni yang aku lalu nak makan..sebab ape? sebab hanya pisang ni aje yang berjaya menjadi agen 'booster' untuk aku berjaya melabur di 'bilik termenung' dengan jayanya..hahahhahah

5) BUAH NONA- aku panggil buah ni 'buah mengada-ngada' sebab dah tahu susah nak dapat tapi nak dijadikan cerita sejak dua menjak ni senang pulak jumpe..banyak jumpe kat daerah Pekan..tapi mahal la klu beli kat gerai2 buah tu..kene peram sendiri plak tu..bile dah masak ade ulat la pulak...kan bagus kalau boleh dapat yang masak kat pokok pastu boleh dapat secara F.O.C..ahaks!

 LAST BUT NOT LEAST..yang paling dahsyat mendapat tentangan dari suami..tapi last2 dia jugak yang jadi tukang belinya...benda ni adalah racun tapi menjadi 'madu' yang aku tak boleh nak lupa atau berhenti menjamahnya hampir setiap minggu...

6) PAMA- tadaaaaa..."racun di tangan kananku..madu di tangan kiriku, aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku..." tapi ade aku kesah..??? aku suke sangat2 kat PAMA ni..nyum..nyum..nyum...hahahha...!!!














Wednesday 9 March 2011

Sembelit Semasa Hamil

Assalamu'alaikum.wbt & salam sejahtera..

Anda sedang hamil? Morning sickness teruk ke? Tak boleh makan & minum? Tentu anda mengalami S.E.M.B.E.L.I.T kan..hehehhe..normal la tuh..berlaku hampir kpda semua ibu2 yang hamil terutamanya pada trimester pertama...

Secara saintifiknya, sembelit berlaku disebabkan kehadiran hormon progestron dalam tubuh wanita hamil. Pengaruh kehadiran hormon ini selain menghentikan proses kitaran haid, ia juga menyebabkan otot2 pencernaan menjadi pelahan, itu pasal la kalau makan apa2 pun, dah 4jam masuk tekak bila muntah masih keluar makanan tu seketul2 lagi..sebab tak hadam..(pengalaman sndri ni)..

Wanita hamil kerap muntah menyebabkan kekurangan bendalir dalam badan..macam saya, sbelum hamil mmg mengalami sembelit yang sememangnyaagak kritikal..so, saya malkan mkn supplement.. teh kurus la, fiber la, serba mak nenek supplement saya amalkan..masa amik tu kemain jer laju time "melabur'..tapi bila dah tak amik..seksa jiwa raga jer rase.tgk pintu toilet pun rase nk nangis dah..

So, alkisah yang berlaku sekarang pun mcm tu..dah la tak boleh nak makan & minum..smgu 2 kli 'melabur' pun belum tentu berjaya..ibaratnya mmg toilet tu jadi tempat paling popular aku melepakkan diri sepanjang 3bulan ni (selain tempat aku membuang 'beruang'--->beruang ni nama timangan aku utk MUNTAH..heheh)


Tetapi semenjak seminggu ni, aku membuat sedkit eksperimen..jeng..jeng..jeng..apekah eksperimen tu..hahahha..it's not big deal pun..cuma aku dapat solved problem sembelit aku ni dengan cara mencampurkan 4 biji buah prune (aku pakai sunsweet), 7 biji kurma, sedikit celeri..blend lumat2..pastu cmpur sedikit ais (sikit je..nak lajukan tekak menelan jer)..dan hasilnyer...tadaaaaaa...lancar jer..sekarang dah jdi 2kli sehari..

Sebelum ni aku amalkan mkn terus jer prune, kurma, ngn celeri tu..tapi tak sampai seminit mesti keluar semula..sayang betol bile tgk semua2 tu berlalu dalam mangkuk tndas macam tu jer..risau jugak takut baby dalam perut ni tak cukup zat...disebabkan itu lah, aku paksa jugak diri makan w'pun tahu akan keluar semula...

Tapi sekarang dah tak bape risau dah...selain cubaan ni berjaya menyelesaikan masalah sembelit ni, khasiat dari prune, kurma, dan celeri tu sangat bagus untuk kehamilan..esok2 nk try buat eksperimen dgn bahan lain plak la..buat jus senang skit perut nk digest...

Monday 7 March 2011

ALAHAN vs. MENGIDAM

Assalamu'alaikum wbt..dan salam sejahtera..

Kali ni kisah yg nk dikhabarkan berlaku kepada hampir semua wanita2 yang sedang pregnant..M.E.N.G.I.D.A.M..hahahhah..aku lah tu..tapi pada masa yang sama aku juga mengalami satu keadaan yang hampir TAK semua wanita2 hamil akan alami iaitu A.L.A.H.A.N...alahan ni aku tafsir kepada 2 kategori yang mana 1st alahan tu maksudnya "morning sicknes" dan yang ke2 aku tafsirkan "pembawakan budak"..jgn salah faham pulak yek..tafsiran aku guna kamus kefahaman aku sendri, tak ade kaitan dengan kamus2 yang ade kat luar sana tu..hehehheh

Btw,oleh kerana ini adalah pengalaman pertama aku hamil (waktu ni kandungan aku dah masuk 12mgu), "all-the-time" sickness aku sangat la teruk..i guess..manakan tidak, aku start muntah2 dari celik mata sampai la dah tutup mata..masih lagi terpaksa 'melepakkan' diri tepi mangkuk tandas..baru aku tahu macam ni rupanyer orang2 yang peknen cakap ape itu 'ALAHAN'..setiap kali rasa loya2, semcam ade 2 bisikan di telinga aku..satu bisikan menyeru supaya aku bersabar banyak2..satu lagi bisikan tu..errr..malas la nk cite..bende negatif..xbaik..lagipun biasa lah, cobaan, kite bwak janin dalam perut kite yang mane janin tu nanti akan jadi hamba-Nya..paham2 sendiri la yek..

Sejak hamil, aku banyak teringat kat arwah mak..arwah boleh melahirkan kami 10 beradik relax jer..tak kan aku baru nak dapat anak sorang dah lembik camni..rindu kat arwah mak..mari lah kite sedekahkan Al-Fatihah kat arwah bersama2..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang solehah..

ALAHAN yang kedua ni, aku alami gatal2 seluruh badan terutamanya bahagia kaki..huhuu..kat bahagian kaki tu la yang paling syok nak garu..ibaratnya sampai boleh meleleh air liur...alahan yg ni MIL ckp org xpanggil alahan, tapi 'PEMBAWAKAN BUDAK'...ape2 aje la..bantai jer..heheheh..keaadaan kulit kaki aku yang dulu halus mulus (yeke halus mulus..hahaha..anggap jer la) sekarang dah jadi macam corak kain batik Terengganu dah..dgn parutnya, dgn kudisnya, ade yang berdarah, ade yang bintat2, ade yang kaler hitam ade yang kaler putih (nak tempek gambar kang aurat plak)..eeeeuuuwwwww..buruk yang amat..tapi kalau time menggaru xhirau dah semua tu..huhuhu..kesian kat aku..nasihat aku kepada sesapa yang mengalami situasi yang same, bawak2 la bersabar dan jagan la mengaru sangat..kalau boleh berubat..berubat la cepat2..tak kisah la secara moden ke secara tradisional ke..janji jangan sampai dah teruk macam kat gambar bawah ni sudah...aku tengok pun seriau..

(gambar ni sensored skit sb tu aku dah edit..tapi ngeri kan tgk kesan gatal2 ni)
(ni contoh keadaan kaki aku..tapi kaki yang meletup2 tu kat bahagian atas kaki bkn tapak kaki..sekarang dah sembuh skit..xde la setruk ni dah..byk tgal parut jer..aku berubat ngan my beloved mother in law)


Oleh kerana mcm ni keadaannya..so aku tah boleh la nk mengidam macam2..huhuhuh..nak2 bende yang kat bawah ni..














heeeemmmm...sabar jer la..sekarang ni mknan wajib yang aku boleh telan cuma ni jer..huhuuh...





Tapi ade yang aku rasa sangat2 nak makan..tadaaaaaaa....





 syaratnya mesti bertangkai atau yang masih segar....mesti sedap kan...nyum..nyum..nyum..

Tuesday 1 March 2011

KELEBIHAN WANITA HAMIL DALAM ISLAM

Artikel ini telah dicopy paste dari FB "Keluarga Sakinah"..sekadar renungan bersama..

 

Kelebihan Wanita Hamil

by Keluarga Sakinah on Wednesday, April 21, 2010 at 12:37pm
Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaatsolat wanita tidak hamil



Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama



Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari



Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.



Pahala wanita bersalin



Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.



***



Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.



Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.



Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...